Tuesday, 1 March 2016

Contoh Teks Pengerusi Majlis

Err.. Assalamualaikum.. bukan mudah untuk menjadi pengerusi majlis yang berjaya.. kat sini sy bg contoh teks yang simple sempena majlis penghargaan dan perpisahan KJKK dan PPT.. So selamat meng 'copy & paste' ye !!!! *kenyit mata...

AGENDA
TEKS MC
1. Kata Aluan Selamat datang
Bismillahirahmanirrahim, Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Yang berbahagia, Mejar Bersekutu (PA), En Mohd Amin bin Ali, Pengarah Kolej Komuniti Pekan Pahang
Yang dihormati En. Dusuki bin Ahmed, Ketua Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran.
En Mohd Azwan bin Ja’afar, Ketua Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat
Ketua-ketua program, Pegawai kanan Kolej Komuniti Pekan, barisan pensyarah,
Pn Ramlah bt Lahadi, selaku mantan Penolong Pegawai Tadbir
 dan Zan Nur Aini bt Zainal, selaku Penolong Pegawai Tadbir
staf-staf sokongan dan tetamu-tetamu jemputan.

Mari makan sirih puan,
Sirih dipetik di Tasik Chini,
Selamat datang tuan dan puan,
Menjadi penyeri majlis ini.

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana kita sama-sama dapat berkumpul untuk menjayakan majlis penghargaan dan majlis perpisahan pada hari yang mulia ini.

2. Bacaan doa
Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,

Menadah tangan tanda kesyukuran,
Lafaz bismillah memperkukuh tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar majlis mendapat keberkatan.

Untuk memberkati majlis pada petang ini, dengan sukacitanya majlis menjemput En. Mohd Shafiq b. Ismail bagi memimpin bacaan doa.  Majlis mempersilakan…

*habis baca doa

Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada En. Mohd Shafiq b. Ismail.

3. Ucapan

Pak petani  menyabit rumput,
Rumput diberi makan ternakan,
Jemput bukan sebarang jemput,
Jemput menyampai kata aluan.

Bagi meneruskan majlis pada petang ini, dijemput Pn. Yusnita bt Abd Rahman, untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

*siap berucap


Demikianlah tadi ucapan alu-aluan daripada Pn. Yusnita Bt Abd Rahman selaku Pengerusi Kelab Staf.  Pihak majlis mengucapkan terima kasih diatas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya,
Tak berguna jika ada dayung tiada sampannya,
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara.

Bagi meneruskan lagi majlis kita pada hari ini, dijemput En. Mohd Amin b. Ali, selaku pengarah Kolej Komuniti Pekan untuk menyampaikan ucapan.  Dengan segala hormatnya dipersilakan…

*siap berucap

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia En Mohd Amin b. Ali diatas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,
Seterusnya majlis menjemput dan mempersilakan Ketua Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran, En. Dusuki b. Ahmed yang akan bertukar  pada 1/1/2016 ke kolej komuniti kuantan untuk menyampaikan ucapan.  Majlis mempersilakan.

*siap berucap

Terima kasih diucapkan kepada En. Dusuki b. Ahmed di atas ucapan yang disampaikan.  Kami warga KKPP sentiasa mengingati segala budi dan bakti serta kepimpinannya sepanjang tempoh berkhidmat di sini.

Seterusnya, majlis menjemput Pn. Ramlah bt Lahadi selaku mantan Penolong Pegawai Tadbir yang akan bertukar ke kolej komuniti kemaman untuk memberi sedikit ucapan.  Majlis mempersilakan…

*siap berucap

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Pn. Ramlah bt Lahadi atas ucapan itu tadi.

 4. Tayangan montaj








7. Majlis Serah Tugas
Para hadirin yang dimuliakan,

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan,
Itu adat, itu lumrah kehidupan,
Begitulah rentetan perjalanan,
Walau sukar untuk ditelan,
Tapi kaki tetap mengorak jalan,
Selagi hayat dikandung badan.

Untuk itu, marilah kita menyaksikan tayangan montaj sempena Majlis Perpisahan ini.

*siap tayangan montaj

Demikianlah tadi, dapat kita saksikan tayangan montaj yang mengamit perasaan.  Terima kasih kepada unit multimedia yang telah menyediakan montaj itu tadi.



Para hadirin dan hadirat sekalian,

Majlis seterusnya ialah penyerahan nota serah tugas daripada En. Dusuki bin Ahmed kepada Pn. Yusnita Bt Abd. Rahman dan Pn Ramlah bt Lahadi kepada Cik Zan Nur Aini bt Zainal dengan disaksikan oleh Pengarah Kolej Komuniti Pekan, En Mohd Amin b. Ali.

*siap bagi tugas

Terima kasih untuk upacara nota serah tugas itu tadi…

8. Anugerah Pekerja cemerlang

Seterusnya, dipersilakan En. Dusuki mengiringi En. Mohd Amin bin Ali, pengarah Kolej Komuniti Pekan untuk menyampaikan anugerah pekerja cemerlang peringkat Kolej Komuniti Pekan.

*siap baca nama (NADIA)

Terima kasih kepada En Mohd Amin dan tahniah kepada yang berjaya menerima anugerah itu tadi…

9. Pemberian hadiah kelab staff 2015
Majlis diteruskan dengan menjemput Pn. Yusnita diiringi oleh Pn. Zahidah untuk pemberian hadiah hari lahir daripada kelab staff…

*siap baca nama (NADIA)

Seterusnya untuk penerima hadiah bayi daripada kelab staf ialah …

*siap baca nama (SHIDA)

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Yusnita diatas pemberian hadiah itu tadi.

10. Pemotongan   kek
Majlis seterusnya menjemput semua staff Kolej Komuniti Pekan untuk upacara memotong kek harijadi.

11. Cabutan Bertuah
      (5 0rg)


Hadirin yang dihormati,

Tuah ayam tampak di kaki,
Tuah kita siapa yang tahu.
Sebentar lagi kita akan tahu siapa yang bertuah di kalangan kita.

Bagi slot yang pertama, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En. Mohd Azwan b. Ja’afar untuk membuat 5 cabutan dan menyampaikan hadiah tersebut.  Majlis mempersilakan…

*siap baca nama (SHIDA)

Terima kasih diucapkan kepada En. Mohd Azwan b Ja’afar.

12. Persembahan

Pulau pandan jauh ke tengah,
Gunung daik bercabang  tiga,
Doa sudah ucapan pun sudah,
Tiba masa menjamu selera.

Hadirin yang dihormati, sambil menikmati hidangan, majlis diserikan lagi dengan persembahan daripada ‘THE TOWNERS’.  Tanpa membuang masa, majlis mempersilakan…

Terima di atas persembahan yang menarik itu tadi.
13. Cabutan Bertuah
      (5 0rg)


Seterusnya dijemput En Dusuki b. Ahmed untuk membuat 5 lagi cabutan dan menyampaikan hadiah.  Dipersilakan…

*siap baca nama (SHIDA)

Terima kasih diucapkan kepada En. Dusuki.  Tahniah kepada yang bertuah.  Yang tidak bertuah sila cuba lagi tahun depan…

14. Pengumuman  hadiah utama

Sebelum kita mengakhiri majlis hari ini, majlis menjemput Tn. Pengarah, En Mohd Amin bin Ali untuk membuat satu pengumuman.  Majlis mempersilakan…

15. Penutup

Dengan berakhirnya pengumuman itu tadi,  maka berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini.

Mari dipetik sirih puan,
Sirih dipetik di tepi perigi,
Terima kasih tuan dan puan,
Di lain masa berjumpa lagi.

Makan nasi bersayur kailan,
Lepas makan terus bersugi,
Selamat pulang hadirin sekalian,
Ada umur bersua lagi.

Sekian wbt… wasalam




18 comments:

  1. Saya buat rujukan ya.. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Tq membantu sangat ucapan ni...

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih puan/tuan Shyda

    ReplyDelete
  5. Terima kasih😊 saya buat rujukan

    ReplyDelete
  6. ucapan pengerusi jenis apa ni takde content langsung

    ReplyDelete
  7. hahahaha....awal x awal zappp dh...btw, minta dijadikan sebagai rujukan.. terima kasih

    ReplyDelete
  8. terima kasih minta jadi bahan rujukan ye

    ReplyDelete
  9. terima kasih ....mohon jadi bahan rujukan..

    ReplyDelete
  10. Terima kasih sis, dapat buat rujukan dan penambahbaikan. TQ

    ReplyDelete
  11. Terima kasih kerana berkongsi. Sangat membantu

    ReplyDelete
  12. Terima kasih cik/puan atas perkongsian ilmu

    ReplyDelete

 

My Blog, My Story Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang