Wednesday, 8 June 2016

Are U ready semester 5 ???



           Believe it or not kami nak masuk sem 5 dah.. omaigoddd.. biar betik an?? *asal guna nama betik plak ni.. alergik sungguh ..  and yang paling tak sangka sis and my cry partner sebelah tu masih dapat bertahan.. hopefully bertahan sampai habis la ek.. even though kita penah sama2 putus asa nak berhenti Poli dengan alasan HOMESICK.. kalau ingat balik confirm gelak2 guling masuk tasik poli..

sometimes org selalu cakap "wehh.. manja gila korang..sikit2 homesick".. cuba korang bayangkan.. korang balik rumah.. happy2 dengan family.. makan semeja.. tgk TV sama2.. lepas tu balik Poli *bukan poli je.. mane2 tempat yang jauh dari family.. and tibe2 dapat col ckp diorang takde..

bukan cuba takutkan korang.. at least faham sikit perasaan tisu ni.. yee.. sis setuju ada yang cakap ajal maut kat tangan Allah.. but kita just berwaspada jela.. nikmati and always appreciate setiap detik dengan diorang..


yang belakang ni partner sis bila nak study.. share sikit tips ek.. kalau nak berjaya.. cari member yang mmg kaki study.. and kuat study.. kuat berjaga malam.. seriously even kiteorg berkawan.. dalam kelas and setiap kali test or quiz sis akan pastikan markah sis lagi tinggi dari dia.. *tamaknya.. tapi persaingan tu penting actually.. and sis syg dia ni sebab dia selalu bagi nasihat even sis suka pendam je.. bila putus asa.. dia pun membebel macam mak2 dlm bahasa terengganu even kadang2 tak paham pun.. lantak la.. asal bahagia.. Nadia.. syg awk bestie..

-to be continue-

Sunday, 5 June 2016

9th FIRA MALAYSIA CUP 2016 in POLISAS

Setelah lama gile xupdate blog ni.. memandangkan akaun kesayangan lg satu tibe2 buat hal.. so.. buat masa ni focus pada akaun ni jela.. *sedih

Actually nk update sebaik je tamat program 9th FIRA MALAYSIA CUP 2016 tetapi sis tak berapa nak sihat.. tak tau la tibe2 demam teruk..ni pun ada lagi sisa dia.. jadi maybe cerita ni berapa nk bez.. so ..bulan pose ni la bru nk sibuk nk mengupdate.. *teruk btol BM..

Sebelum tu Salam Ramadhan buat pembaca ek.. bagi yang mengenali sis.. tahniah sebab jumpa jgk akaun ni.. walaupun tak sampai hati nk bagi uoollsss bace.. *macam gedikss pulak..

Baiklah.. tujuan sis ni sebenarnya nk cerita pengalaman sis during 9th FIRA MALAYSIA CUP 2016 yg berlangsung di POLISAS selama 1 minggu.. persiapan nya berminggu2 la.. Seriously talk.. Event ni memang tak best sgt2 tapi bila muncul geng2 yang tersangatlah sporting.. tibe2 plak event ni jadi bez and tibe2 rasa nk tukar course..  hahahahahahah.. *berani la kau tukar kalau mak kau tak halau kau..  dari event ni la yang berjaya buat sis daripada kurang bercakap and pemalu kepada berani sikit and jadi sporting sikit kot.. tapi memang berubah la.. buat sis lebih semangat nk balik poli and buat sis lupe kepada sejenis penyakit HOMESICK.. bertabah untuk final year ni..

So, buat hadik2 yang nk msuk belajar tu tak kira la kau nak msuk matrik ke, tingkatan 6 ke, ipta or ipts ke.. kalau korg sejenis anak manja or memang susah nk berpisah dgn family.. try2 la join aktiviti yang korang minat.. jgn pulak kau suka camping tapi pi join program bersajak.. memang menangis la kau dik.. and then sepanjang belajar.. please ah jgn byk main2 sgt.. nanti susah kau nk catch up balik subjek yang tertinggal.. and one more thing.. ingat..kalau jenis hati tak kuat.. jgn terlibat dgn permainan hati.. nanti merana kau dikk..   some people say………..

“kau memerlukan 1 saat untuk jatuh cinta TETAPI kau memerlukan seumur hidup untuk melupakannya”

Tu pendapat sis la.. pengalaman daripada kawan2 hadik2 junior sis..  buat masa ni sis masih belum join lagi kelab permainan hati ni.. maybe sebab masih lagi fobia or belum ready utk sebarang komitmen.. 

Share sikit gambar2 adik kesayangan sis ni..


 first time jumpe dua orang budak belakang tu.. and xsangka sekali jumpa boleh rapat terus.. cume sis je tak berapa nk ngam lagi.. *sombongnyaa


 and then the next day.. baru ngam.. byk kali selfie.. memang sporting habis la

 disebabkan gambar ni sis penah post dekat insta and fb.. terjadi sdikit pergaduhan antara pasangan bahagia.. maybe salah sis jgak.. *maaf ..tapi klu nk cemburu pun agak2 la beb.. bkn gambar berdua.. beramai2 ni kot...

 dalam masa satu hari.. byk giler bergambar.. bukan petugas lagi dah ni.. boleh ambik job jd photographer je la

 ada org post gambar ni dgn caption "Program kat sini memang bosan tapi sebab ada diorang program ni automatic jadi best"  betol la tu.. sebab jumpe geng2 sporting.. memang best smpai ada hadik tu xnk balik

 meskipun kita berlainan alam.. cinta saya pada awak tak pernah padam.. hihi.. i love robotic since secondary school.. tapi tak da rezeki nk belajar lebih mendalam kot..



 #hipsturrrrr



 tag kesayangan

 acah2 VIP sikit.. bkn senang nk jadi VIP peringkat kebangsaan


 kita tgk lesung pipit sape lagi comel... *tak baik riak.. syukur

 Inspektor Azizi Amir dari Jabatan kejuruteraan Elektrik

 Inspektor Haswani dari Jabatan Perdagangan

Inspektor Shyda Zakaria dari Jabatan Perdagangan jugak..

 hadik2 POLISAS yang paling sporting sis penah jumpa


 seriously ni first time sis lepak lewat malam dgn korang.. macam2 story and satu soalan yang smpai sekarang sis tak boleh lupe.. "nak kawin umur brape".. sorry guyss... sis lemah betul klu org cerita mengenai hati ni.. *KNOWING YOU GUYSS IS THE BEST MOMENT IN MY LIFE


Ingt nak buat video.. tapi busy nk masuk belajar dh.. so.. tak sempat la.. kesimpulannya.. sis doakan semoga silaturahim yang terjalin ni tak putus di tgh jalan deh.. korg is awesome, amazing, sporting gila, and paling best semua masuk air.. #stapler kang ... may Allah ease everything.. panjang umur.. kita jumpa lagi.. syg korang sgt2.. sebenarnya banyak sangat nk masuk kan gambar.. tapi tapi tapi.. busy la pulak..
-with love ShydaZakaria-

Tuesday, 12 April 2016

Sayonara Kolej Komuniti Pekan !!!

Bye KK PEKAN.. pejam celik, pergi kk pekan, duduk, layan youtube, key in surat, photostat surat, tunggu pukul 5 then balik... selama 4 bulan 15 hari duk ulang2 bende yang sama and sekarang lagi tiga hari aku boleh ucap SELAMAT TINGGAL KK PEKAN.. happy dalam kesedihan.. happy sebab da nak habis praktikal.. happy sebab lagi setahun nak dapat DIPLOMA SAINS KESETIAUSAHAAN.. happy sebab cuti sem.. TETAPI... sedih gilaaaaa..*tanpa sedar air mata mengalir dalam opis tempat En. Dusuki.. sebab berpisah dengan staf-staf kkp.. berpisah dengan kak tikah.. berpisah dengan komputer yang besar dan wifi yang sangat laju.. hahahaha.. and the most important is lepas ni tak de da orang nk bagi salam... gurau2 dengan student.. yeah!! i will miss that moment.. lepas ni tak de da nk seru nama HAZRAN.. nama NADIA.. nama KAK TIKAH.. lepas ni tak de dah bila wasup.. asyik kena pickupline je.. thanks for the great moment..
Barisan superhero KOLEJ KOMUNITI PEKAN

Pameran budak Praktikal di UMP


Salam perkenalan dari POLISAS, PSDC, POLI MUADZAM


kenangan akan tetap tersemat di ingatan kami


penerangan dari kami

first event on my practical.. serious rasa macam asal aku duk sini.. tapi lama2 seriously sgt2 oke.. cm ni *tanda bagus

Asah bakat terpendam.. bacaan sajak dari budak praktikal



so.. the conclusion is don't judge the book by its cover.. sebenarnya bila staf sikit ni la bonding diorang lagi kuat.. walaupun skop kerja antara staf banyak sangat.. thanks to warga KKPP sbb kongsi pengalaman.. story2 hot.. tunjuk ajar.. sy pegang kata EO (kak Aini).. "***** bwk balik poli yang baik-baik je.. yang buruk2 tinggal kat sini".. yeahh.. and i made it.. thanks semua..
in shaa allah kita jumpa lagi.. *kesat mata guna hujung lengan baju kurung...






Tuesday, 1 March 2016

Contoh Teks Pengerusi Majlis

Err.. Assalamualaikum.. bukan mudah untuk menjadi pengerusi majlis yang berjaya.. kat sini sy bg contoh teks yang simple sempena majlis penghargaan dan perpisahan KJKK dan PPT.. So selamat meng 'copy & paste' ye !!!! *kenyit mata...

AGENDA
TEKS MC
1. Kata Aluan Selamat datang
Bismillahirahmanirrahim, Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Yang berbahagia, Mejar Bersekutu (PA), En Mohd Amin bin Ali, Pengarah Kolej Komuniti Pekan Pahang
Yang dihormati En. Dusuki bin Ahmed, Ketua Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran.
En Mohd Azwan bin Ja’afar, Ketua Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat
Ketua-ketua program, Pegawai kanan Kolej Komuniti Pekan, barisan pensyarah,
Pn Ramlah bt Lahadi, selaku mantan Penolong Pegawai Tadbir
 dan Zan Nur Aini bt Zainal, selaku Penolong Pegawai Tadbir
staf-staf sokongan dan tetamu-tetamu jemputan.

Mari makan sirih puan,
Sirih dipetik di Tasik Chini,
Selamat datang tuan dan puan,
Menjadi penyeri majlis ini.

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana kita sama-sama dapat berkumpul untuk menjayakan majlis penghargaan dan majlis perpisahan pada hari yang mulia ini.

2. Bacaan doa
Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,

Menadah tangan tanda kesyukuran,
Lafaz bismillah memperkukuh tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar majlis mendapat keberkatan.

Untuk memberkati majlis pada petang ini, dengan sukacitanya majlis menjemput En. Mohd Shafiq b. Ismail bagi memimpin bacaan doa.  Majlis mempersilakan…

*habis baca doa

Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada En. Mohd Shafiq b. Ismail.

3. Ucapan

Pak petani  menyabit rumput,
Rumput diberi makan ternakan,
Jemput bukan sebarang jemput,
Jemput menyampai kata aluan.

Bagi meneruskan majlis pada petang ini, dijemput Pn. Yusnita bt Abd Rahman, untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

*siap berucap


Demikianlah tadi ucapan alu-aluan daripada Pn. Yusnita Bt Abd Rahman selaku Pengerusi Kelab Staf.  Pihak majlis mengucapkan terima kasih diatas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya,
Tak berguna jika ada dayung tiada sampannya,
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara.

Bagi meneruskan lagi majlis kita pada hari ini, dijemput En. Mohd Amin b. Ali, selaku pengarah Kolej Komuniti Pekan untuk menyampaikan ucapan.  Dengan segala hormatnya dipersilakan…

*siap berucap

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia En Mohd Amin b. Ali diatas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,
Seterusnya majlis menjemput dan mempersilakan Ketua Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran, En. Dusuki b. Ahmed yang akan bertukar  pada 1/1/2016 ke kolej komuniti kuantan untuk menyampaikan ucapan.  Majlis mempersilakan.

*siap berucap

Terima kasih diucapkan kepada En. Dusuki b. Ahmed di atas ucapan yang disampaikan.  Kami warga KKPP sentiasa mengingati segala budi dan bakti serta kepimpinannya sepanjang tempoh berkhidmat di sini.

Seterusnya, majlis menjemput Pn. Ramlah bt Lahadi selaku mantan Penolong Pegawai Tadbir yang akan bertukar ke kolej komuniti kemaman untuk memberi sedikit ucapan.  Majlis mempersilakan…

*siap berucap

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Pn. Ramlah bt Lahadi atas ucapan itu tadi.

 4. Tayangan montaj








7. Majlis Serah Tugas
Para hadirin yang dimuliakan,

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan,
Itu adat, itu lumrah kehidupan,
Begitulah rentetan perjalanan,
Walau sukar untuk ditelan,
Tapi kaki tetap mengorak jalan,
Selagi hayat dikandung badan.

Untuk itu, marilah kita menyaksikan tayangan montaj sempena Majlis Perpisahan ini.

*siap tayangan montaj

Demikianlah tadi, dapat kita saksikan tayangan montaj yang mengamit perasaan.  Terima kasih kepada unit multimedia yang telah menyediakan montaj itu tadi.



Para hadirin dan hadirat sekalian,

Majlis seterusnya ialah penyerahan nota serah tugas daripada En. Dusuki bin Ahmed kepada Pn. Yusnita Bt Abd. Rahman dan Pn Ramlah bt Lahadi kepada Cik Zan Nur Aini bt Zainal dengan disaksikan oleh Pengarah Kolej Komuniti Pekan, En Mohd Amin b. Ali.

*siap bagi tugas

Terima kasih untuk upacara nota serah tugas itu tadi…

8. Anugerah Pekerja cemerlang

Seterusnya, dipersilakan En. Dusuki mengiringi En. Mohd Amin bin Ali, pengarah Kolej Komuniti Pekan untuk menyampaikan anugerah pekerja cemerlang peringkat Kolej Komuniti Pekan.

*siap baca nama (NADIA)

Terima kasih kepada En Mohd Amin dan tahniah kepada yang berjaya menerima anugerah itu tadi…

9. Pemberian hadiah kelab staff 2015
Majlis diteruskan dengan menjemput Pn. Yusnita diiringi oleh Pn. Zahidah untuk pemberian hadiah hari lahir daripada kelab staff…

*siap baca nama (NADIA)

Seterusnya untuk penerima hadiah bayi daripada kelab staf ialah …

*siap baca nama (SHIDA)

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Yusnita diatas pemberian hadiah itu tadi.

10. Pemotongan   kek
Majlis seterusnya menjemput semua staff Kolej Komuniti Pekan untuk upacara memotong kek harijadi.

11. Cabutan Bertuah
      (5 0rg)


Hadirin yang dihormati,

Tuah ayam tampak di kaki,
Tuah kita siapa yang tahu.
Sebentar lagi kita akan tahu siapa yang bertuah di kalangan kita.

Bagi slot yang pertama, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En. Mohd Azwan b. Ja’afar untuk membuat 5 cabutan dan menyampaikan hadiah tersebut.  Majlis mempersilakan…

*siap baca nama (SHIDA)

Terima kasih diucapkan kepada En. Mohd Azwan b Ja’afar.

12. Persembahan

Pulau pandan jauh ke tengah,
Gunung daik bercabang  tiga,
Doa sudah ucapan pun sudah,
Tiba masa menjamu selera.

Hadirin yang dihormati, sambil menikmati hidangan, majlis diserikan lagi dengan persembahan daripada ‘THE TOWNERS’.  Tanpa membuang masa, majlis mempersilakan…

Terima di atas persembahan yang menarik itu tadi.
13. Cabutan Bertuah
      (5 0rg)


Seterusnya dijemput En Dusuki b. Ahmed untuk membuat 5 lagi cabutan dan menyampaikan hadiah.  Dipersilakan…

*siap baca nama (SHIDA)

Terima kasih diucapkan kepada En. Dusuki.  Tahniah kepada yang bertuah.  Yang tidak bertuah sila cuba lagi tahun depan…

14. Pengumuman  hadiah utama

Sebelum kita mengakhiri majlis hari ini, majlis menjemput Tn. Pengarah, En Mohd Amin bin Ali untuk membuat satu pengumuman.  Majlis mempersilakan…

15. Penutup

Dengan berakhirnya pengumuman itu tadi,  maka berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini.

Mari dipetik sirih puan,
Sirih dipetik di tepi perigi,
Terima kasih tuan dan puan,
Di lain masa berjumpa lagi.

Makan nasi bersayur kailan,
Lepas makan terus bersugi,
Selamat pulang hadirin sekalian,
Ada umur bersua lagi.

Sekian wbt… wasalam




 

My Blog, My Story Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang