Wednesday, 8 June 2016
Are U ready semester 5 ???
Believe it or not kami nak masuk sem 5 dah.. omaigoddd.. biar betik an?? *asal guna nama betik plak ni.. alergik sungguh .. and yang paling tak sangka sis and my cry partner sebelah tu masih dapat bertahan.. hopefully bertahan sampai habis la ek.. even though kita penah sama2 putus asa nak berhenti Poli dengan alasan HOMESICK.. kalau ingat balik confirm gelak2 guling masuk tasik poli..
sometimes org selalu cakap "wehh.. manja gila korang..sikit2 homesick".. cuba korang bayangkan.. korang balik rumah.. happy2 dengan family.. makan semeja.. tgk TV sama2.. lepas tu balik Poli *bukan poli je.. mane2 tempat yang jauh dari family.. and tibe2 dapat col ckp diorang takde..
bukan cuba takutkan korang.. at least faham sikit perasaan tisu ni.. yee.. sis setuju ada yang cakap ajal maut kat tangan Allah.. but kita just berwaspada jela.. nikmati and always appreciate setiap detik dengan diorang..
yang belakang ni partner sis bila nak study.. share sikit tips ek.. kalau nak berjaya.. cari member yang mmg kaki study.. and kuat study.. kuat berjaga malam.. seriously even kiteorg berkawan.. dalam kelas and setiap kali test or quiz sis akan pastikan markah sis lagi tinggi dari dia.. *tamaknya.. tapi persaingan tu penting actually.. and sis syg dia ni sebab dia selalu bagi nasihat even sis suka pendam je.. bila putus asa.. dia pun membebel macam mak2 dlm bahasa terengganu even kadang2 tak paham pun.. lantak la.. asal bahagia.. Nadia.. syg awk bestie..
-to be continue-
Sunday, 5 June 2016
9th FIRA MALAYSIA CUP 2016 in POLISAS
Setelah lama gile xupdate blog ni.. memandangkan akaun
kesayangan lg satu tibe2 buat hal.. so.. buat masa ni focus pada akaun ni
jela.. *sedih
Actually nk update sebaik je tamat program 9th FIRA MALAYSIA CUP 2016 tetapi sis tak berapa nak sihat.. tak
tau la tibe2 demam teruk..ni pun ada lagi sisa dia.. jadi maybe cerita ni
berapa nk bez.. so ..bulan pose ni la bru nk sibuk nk mengupdate.. *teruk btol BM..
Sebelum tu Salam Ramadhan buat pembaca ek.. bagi
yang mengenali sis.. tahniah sebab jumpa jgk akaun ni.. walaupun tak sampai
hati nk bagi uoollsss bace.. *macam
gedikss pulak..
Baiklah.. tujuan sis ni sebenarnya nk cerita pengalaman sis
during 9th FIRA MALAYSIA CUP
2016 yg berlangsung di POLISAS selama 1 minggu.. persiapan nya berminggu2
la.. Seriously talk.. Event ni memang tak best sgt2 tapi bila muncul geng2 yang
tersangatlah sporting.. tibe2 plak event ni jadi bez and tibe2 rasa nk tukar
course.. hahahahahahah.. *berani la kau tukar kalau mak kau tak halau
kau.. dari event ni la yang berjaya
buat sis daripada kurang bercakap and pemalu kepada berani sikit and jadi
sporting sikit kot.. tapi memang berubah la.. buat sis lebih semangat nk balik
poli and buat sis lupe kepada sejenis penyakit HOMESICK.. bertabah untuk final
year ni..
So, buat hadik2 yang nk msuk belajar tu tak kira la kau nak
msuk matrik ke, tingkatan 6 ke, ipta or ipts ke.. kalau korg sejenis anak manja
or memang susah nk berpisah dgn family.. try2 la join aktiviti yang korang
minat.. jgn pulak kau suka camping tapi pi join program bersajak.. memang
menangis la kau dik.. and then sepanjang belajar.. please ah jgn byk main2
sgt.. nanti susah kau nk catch up balik subjek yang tertinggal.. and one more
thing.. ingat..kalau jenis hati tak kuat.. jgn terlibat dgn permainan hati.. nanti merana kau dikk.. some people say………..
“kau memerlukan 1
saat untuk jatuh cinta TETAPI kau memerlukan seumur hidup untuk melupakannya”
Tu pendapat sis la.. pengalaman daripada kawan2 hadik2
junior sis.. buat masa ni sis masih
belum join lagi kelab permainan hati ni.. maybe sebab masih lagi fobia or belum
ready utk sebarang komitmen..
Share sikit gambar2 adik kesayangan sis ni..
first time jumpe dua orang budak belakang tu.. and xsangka sekali jumpa boleh rapat terus.. cume sis je tak berapa nk ngam lagi.. *sombongnyaa
and then the next day.. baru ngam.. byk kali selfie.. memang sporting habis la
disebabkan gambar ni sis penah post dekat insta and fb.. terjadi sdikit pergaduhan antara pasangan bahagia.. maybe salah sis jgak.. *maaf ..tapi klu nk cemburu pun agak2 la beb.. bkn gambar berdua.. beramai2 ni kot...
dalam masa satu hari.. byk giler bergambar.. bukan petugas lagi dah ni.. boleh ambik job jd photographer je la
ada org post gambar ni dgn caption "Program kat sini memang bosan tapi sebab ada diorang program ni automatic jadi best" betol la tu.. sebab jumpe geng2 sporting.. memang best smpai ada hadik tu xnk balik
meskipun kita berlainan alam.. cinta saya pada awak tak pernah padam.. hihi.. i love robotic since secondary school.. tapi tak da rezeki nk belajar lebih mendalam kot..
#hipsturrrrr
tag kesayangan
acah2 VIP sikit.. bkn senang nk jadi VIP peringkat kebangsaan
kita tgk lesung pipit sape lagi comel... *tak baik riak.. syukur
Inspektor Azizi Amir dari Jabatan kejuruteraan Elektrik
Inspektor Haswani dari Jabatan Perdagangan
Inspektor Shyda Zakaria dari Jabatan Perdagangan jugak..
hadik2 POLISAS yang paling sporting sis penah jumpa
Ingt nak buat video.. tapi busy nk masuk belajar dh.. so.. tak sempat la.. kesimpulannya.. sis doakan semoga silaturahim yang terjalin ni tak putus di tgh jalan deh.. korg is awesome, amazing, sporting gila, and paling best semua masuk air.. #stapler kang ... may Allah ease everything.. panjang umur.. kita jumpa lagi.. syg korang sgt2.. sebenarnya banyak sangat nk masuk kan gambar.. tapi tapi tapi.. busy la pulak..
-with love ShydaZakaria-
Tuesday, 12 April 2016
Sayonara Kolej Komuniti Pekan !!!
Bye KK PEKAN.. pejam celik, pergi kk pekan, duduk, layan youtube, key in surat, photostat surat, tunggu pukul 5 then balik... selama 4 bulan 15 hari duk ulang2 bende yang sama and sekarang lagi tiga hari aku boleh ucap SELAMAT TINGGAL KK PEKAN.. happy dalam kesedihan.. happy sebab da nak habis praktikal.. happy sebab lagi setahun nak dapat DIPLOMA SAINS KESETIAUSAHAAN.. happy sebab cuti sem.. TETAPI... sedih gilaaaaa..*tanpa sedar air mata mengalir dalam opis tempat En. Dusuki.. sebab berpisah dengan staf-staf kkp.. berpisah dengan kak tikah.. berpisah dengan komputer yang besar dan wifi yang sangat laju.. hahahaha.. and the most important is lepas ni tak de da orang nk bagi salam... gurau2 dengan student.. yeah!! i will miss that moment.. lepas ni tak de da nk seru nama HAZRAN.. nama NADIA.. nama KAK TIKAH.. lepas ni tak de dah bila wasup.. asyik kena pickupline je.. thanks for the great moment..
Barisan superhero KOLEJ KOMUNITI PEKAN |
Pameran budak Praktikal di UMP
Salam perkenalan dari POLISAS, PSDC, POLI MUADZAM
kenangan akan tetap tersemat di ingatan kami
penerangan dari kami |
first event on my practical.. serious rasa macam asal aku duk sini.. tapi lama2 seriously sgt2 oke.. cm ni *tanda bagus |
Tuesday, 1 March 2016
Contoh Teks Pengerusi Majlis
Err.. Assalamualaikum.. bukan mudah untuk menjadi pengerusi majlis yang berjaya.. kat sini sy bg contoh teks yang simple sempena majlis penghargaan dan perpisahan KJKK dan PPT.. So selamat meng 'copy & paste' ye !!!! *kenyit mata...
AGENDA
|
TEKS MC
|
1.
Kata Aluan Selamat datang
|
Bismillahirahmanirrahim,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Yang berbahagia, Mejar Bersekutu
(PA), En Mohd Amin bin Ali, Pengarah Kolej Komuniti Pekan Pahang
Yang dihormati En. Dusuki bin
Ahmed, Ketua Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran.
En Mohd Azwan bin Ja’afar,
Ketua Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat
Ketua-ketua program, Pegawai
kanan Kolej Komuniti Pekan, barisan pensyarah,
Pn Ramlah bt Lahadi, selaku mantan
Penolong Pegawai Tadbir
dan Zan Nur Aini bt Zainal, selaku Penolong
Pegawai Tadbir
staf-staf sokongan dan
tetamu-tetamu jemputan.
Mari
makan sirih puan,
Sirih
dipetik di Tasik Chini,
Selamat
datang tuan dan puan,
Menjadi
penyeri majlis ini.
Bersyukur
ke hadrat ilahi kerana kita sama-sama dapat berkumpul untuk menjayakan majlis
penghargaan dan majlis perpisahan pada hari yang mulia ini.
|
2.
Bacaan doa
|
Hadirin-hadirat yang dihormati
sekalian,
Menadah
tangan tanda kesyukuran,
Lafaz
bismillah memperkukuh tautan,
Doa
dipohon penuh pengharapan,
Agar
majlis mendapat keberkatan.
Untuk
memberkati majlis pada petang ini, dengan sukacitanya majlis menjemput En.
Mohd Shafiq b. Ismail bagi memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan…
*habis baca doa
Majlis
merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada En.
Mohd Shafiq b. Ismail.
|
3. Ucapan
|
Pak
petani menyabit rumput,
Rumput
diberi makan ternakan,
Jemput
bukan sebarang jemput,
Jemput
menyampai kata aluan.
Bagi
meneruskan majlis pada petang ini, dijemput Pn. Yusnita bt Abd Rahman, untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
*siap berucap
Demikianlah
tadi ucapan alu-aluan daripada Pn. Yusnita Bt Abd Rahman selaku Pengerusi
Kelab Staf. Pihak majlis mengucapkan
terima kasih diatas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.
Tak
molek jika ada alu tiada lesungnya,
Tak
berguna jika ada dayung tiada sampannya,
Tak
lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara.
Bagi
meneruskan lagi majlis kita pada hari ini, dijemput En. Mohd Amin b. Ali,
selaku pengarah Kolej Komuniti Pekan untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan…
*siap berucap
Ribuan
terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia En Mohd Amin b. Ali diatas
ucapan yang disampaikan sebentar tadi.
Hadirin
dan hadirat yang dihormati,
Seterusnya
majlis menjemput dan mempersilakan Ketua Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran, En.
Dusuki b. Ahmed yang akan bertukar
pada 1/1/2016 ke kolej komuniti kuantan untuk menyampaikan
ucapan. Majlis mempersilakan.
*siap berucap
Terima
kasih diucapkan kepada En. Dusuki b. Ahmed di atas ucapan yang
disampaikan. Kami warga KKPP sentiasa
mengingati segala budi dan bakti serta kepimpinannya sepanjang tempoh
berkhidmat di sini.
Seterusnya,
majlis menjemput Pn. Ramlah bt Lahadi selaku mantan Penolong Pegawai Tadbir
yang akan bertukar ke kolej komuniti kemaman untuk memberi sedikit
ucapan. Majlis mempersilakan…
*siap berucap
Ribuan
terima kasih diucapkan kepada Pn. Ramlah bt Lahadi atas ucapan itu tadi.
|
4. Tayangan montaj
7. Majlis Serah
Tugas
|
Para hadirin yang dimuliakan,
Tiap
pertemuan pasti ada perpisahan,
Itu
adat, itu lumrah kehidupan,
Begitulah
rentetan perjalanan,
Walau
sukar untuk ditelan,
Tapi
kaki tetap mengorak jalan,
Selagi
hayat dikandung badan.
Untuk
itu, marilah kita menyaksikan tayangan montaj sempena Majlis Perpisahan ini.
*siap tayangan
montaj
Demikianlah
tadi, dapat kita saksikan tayangan montaj yang mengamit perasaan. Terima kasih kepada unit multimedia yang
telah menyediakan montaj itu tadi.
Para
hadirin dan hadirat sekalian,
Majlis
seterusnya ialah penyerahan nota serah tugas daripada En. Dusuki bin Ahmed
kepada Pn. Yusnita Bt Abd. Rahman dan Pn Ramlah bt Lahadi kepada Cik Zan Nur
Aini bt Zainal dengan disaksikan oleh Pengarah Kolej Komuniti Pekan, En Mohd
Amin b. Ali.
*siap bagi
tugas
Terima
kasih untuk upacara nota serah tugas itu tadi…
|
8. Anugerah
Pekerja cemerlang
|
Seterusnya, dipersilakan En.
Dusuki mengiringi En. Mohd Amin bin Ali, pengarah Kolej Komuniti Pekan untuk
menyampaikan anugerah pekerja cemerlang peringkat Kolej Komuniti Pekan.
*siap baca nama
(NADIA)
Terima
kasih kepada En Mohd Amin dan tahniah kepada yang berjaya menerima anugerah
itu tadi…
|
9. Pemberian
hadiah kelab staff 2015
|
Majlis diteruskan dengan
menjemput Pn. Yusnita diiringi oleh Pn. Zahidah untuk pemberian hadiah hari
lahir daripada kelab staff…
*siap baca nama
(NADIA)
Seterusnya
untuk penerima hadiah bayi daripada kelab staf ialah …
*siap baca nama
(SHIDA)
Terima
kasih diucapkan kepada Pn. Yusnita diatas pemberian hadiah itu tadi.
|
10.
Pemotongan kek
|
Majlis seterusnya menjemput
semua staff Kolej Komuniti Pekan untuk upacara memotong kek harijadi.
|
11. Cabutan
Bertuah
(5 0rg)
|
Hadirin
yang dihormati,
Tuah
ayam tampak di kaki,
Tuah
kita siapa yang tahu.
Sebentar
lagi kita akan tahu siapa yang bertuah di kalangan kita.
Bagi
slot yang pertama, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En. Mohd
Azwan b. Ja’afar untuk membuat 5 cabutan dan menyampaikan hadiah tersebut. Majlis mempersilakan…
*siap baca nama
(SHIDA)
Terima
kasih diucapkan kepada En. Mohd Azwan b Ja’afar.
|
12. Persembahan
|
Pulau
pandan jauh ke tengah,
Gunung
daik bercabang tiga,
Doa
sudah ucapan pun sudah,
Tiba
masa menjamu selera.
Hadirin
yang dihormati, sambil menikmati hidangan, majlis diserikan lagi dengan
persembahan daripada ‘THE TOWNERS’.
Tanpa membuang masa, majlis mempersilakan…
Terima
di atas persembahan yang menarik itu tadi.
|
13. Cabutan Bertuah
(5 0rg)
|
Seterusnya
dijemput En Dusuki b. Ahmed untuk membuat 5 lagi cabutan dan menyampaikan
hadiah. Dipersilakan…
*siap baca nama
(SHIDA)
Terima kasih
diucapkan kepada En. Dusuki. Tahniah
kepada yang bertuah. Yang tidak
bertuah sila cuba lagi tahun depan…
|
14.
Pengumuman hadiah utama
|
Sebelum
kita mengakhiri majlis hari ini, majlis menjemput Tn. Pengarah, En Mohd Amin
bin Ali untuk membuat satu pengumuman.
Majlis mempersilakan…
|
15. Penutup
|
Dengan
berakhirnya pengumuman itu tadi, maka
berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini.
Mari
dipetik sirih puan,
Sirih
dipetik di tepi perigi,
Terima
kasih tuan dan puan,
Di
lain masa berjumpa lagi.
Makan
nasi bersayur kailan,
Lepas
makan terus bersugi,
Selamat
pulang hadirin sekalian,
Ada
umur bersua lagi.
Sekian
wbt… wasalam
|
Subscribe to:
Posts (Atom)